Jemput Jemput Sayur Bayam Dan Udang

Jemput Jemput Sayur Bayam Dan Udang

My Style My Way

Bahan bahanya

1 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar
2 batang cili merah
2 sudu kecil yeast

Udang secukupnya
1 mangkuk kecil sayur bayam
1 biji telur
Garam
Air secukupnya

Caranya

Rebus sayur bayam sebentar kemudian tapis
Bayam digunting halus atau dilenyekkan
Bawang besar dan cili merah dipotong dadu
Udang dipotong kecil
Kemudian campurkan kesemua bahan
Gaul rata, letak air sedikit demi sedikit
Adunan harusah seperti membuat jemput jemput
Jangan terlalu cair
Tutup dan perab selama sejam
Panaskan minyak dan goreng sehingga garing dan kekuningan
Angkat dan sedia dihidang
Enak simakan bersama sos cili atau sambal tumis

** Sekiranya menggunakan tepung naik sendiri anda tidak perlu menggunakan yeast
Sumber resepi : Puan Hidayah

Carian resepi :

0 comments: